Friday, July 17, 2009

Cabaran 4X4 Kundasang Sempena Tadao Kaamatan 2009

Baru-baru ini, pada 12 Jun 2009 berhampiran pekan Kundasang telah berlangsung satu aktiviti 4X4 bersempena sambutan Tadao Kaamatan. Aktiviti kali ini hanyalah peringkat novis dan disertai oleh pemilik kenderaan pacuan empat roda di sekitar Kundasang. Beberapa aksi sempat dirakamkan oleh lensa kamera saya, dalam bentuk imej dan juga video.


Kundasang, Sabah mempunyai banyak tempat menarik dan menjadi salah satu kawasan paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia. Keadaan muka bumi sama yang bergunung-ganang dan Kundasang tempat terletaknya Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di negara ini, menjadi faktor pentingnya penggunaan kenderaan 4X4. Majoriti penduduk di Kundasang menggunakan 4X4 sebagai kenderaan harian, untuk bekerja, ke pekan dan bandar, memunggah hasil sayuran dan sebagainya. Sebahagian 4X4 mereka diubah suai untuk lebih lasak dan dapat mengarungi bentuk muka bumi yang lebih mencabar. Jika diperhatikan aksi dan gambar di atas, 4X4 mereka bukan semata-mata sebagai hobi (seperti kebanyakan di Semenanjung), tetapi memang menjadi kenderaan untuk urusan seharian kehidupan masyarakat di Kundasang. 4x4 inilah yang digunakan untuk mengeluarkan hasil sayuran dari kebun-kebun sekitar Kundasang seperti Mesilau, Kauluan, Mohimboyon, Kundasang Lama, Monteki dan sebagainya.

No comments: