Aku beli Isuzu Invader pada tahun 1999. Kebanyakan trak pikap (4WD) masa tu adalah 2800cc, termasuklah jenama Isuzu dan Toyota Hilux. Isuzu antara yang awal keluar green engine - Euro 1. Mitsubishi Storm, Hilux SR Turbo, Nissan Frontier, Isuzu D-Max yang berkapasiti 2500cc belum keluar lagi. Bila kerajaan umum trak pikap sehingga 2500cc saja dapat rebat... kesian kat aku sebab aku punya 2800cc. Kalau sekarang aku baru beli trak pikap, sudah tentu aku beli mana-mana yang enjin 2500cc.
Nissan Frontier di Kuala Lumpur International Motorshow(KLIMS) 2003.
Gambar di ambang kenaikan harga minyak di stesen-stesen minyak kat kampung aku.
Sempat juga Isuzu aku isi minyak... masa isi dekat Shell tu aku sorang je isi diesel..yang lain petrol..berbaris hampir 2 kilometer. Masa tu Petronas Chicha sudah kehabisan petrol dan Caltex pula habis minyak hijau(unleaded).
Minggu lepas di Kok Lanas, Kelantan berlangsung cabaran 4X4 dan buggy. Tak sempat menyaksikannya kerana berkursus (kursus bina blog). Gambar-gambar berikut ialah gambar kawan yang minta saya masukkan dalam blog saya ni.
Isuzu Trooper 3.2 (P) kawan saya yang menunda 'buggy car'nya untuk cabaran kali ini.
Gambar kawan saya, Izani sedang beraksi bersama buggynya.
En. Izani dan famili.
Ini pula, Suzuki Jimny... salah sebuah 4X4 yang menyertai cabaran kali ini.
Isuzu Invader 2.8D - 2800 cc turbo diesel. Green engine Euro 1. Di Sabah, dikenali dengan panggilan Isuzu Invader. Di Semenanjung, Isuzu Rodeo. Model baru Isuzu sekarang dikenali sebagai Isuzu D-Max, baik di Semenanjung mahupun di Sabah(juga di seluruh dunia). Tahun 2000.
Ini Isuzu Invaderku. Model 1999. Sedang dicuci setelah keluar hutan... berhampiran Nunuk Ragang, Ranau, Sabah.
Tahun 2004. Cuti pertengahan tahun, aku dan keluarga pulang ke Sabah. Naik jip..masuk hutan..cari ikan.
Ini Invader adik iparku. Sudah dimodifikasi..tinggi 5 inci daripada aku punya. Sesuai untuk offroad, terutama di Ranau, Sabah.
Beginilah cara tangkap ikan.
Banyak juga dapat, termasuklah kelah.
Tahun 2006.
Kat parking lot di Permai, Kuala Terengganu.
Tahun 2007. Generator diesel untuk perkhemahan di Felda Chiku 1, Gua Musang.
Tahun 2008. Isuzuku dihias - kenderaan rasmi majlis persaraan Pengetua.
Ini ekspedisi pacuan empat roda (4X4/4WD) kali pertama saya sertai di Kelantan. Gambar kurang jelas, maklumlah kamera biasa..gambar tu di'scan'..kamera digital tak beli lagi.
Isuzu Trooper sorang kawan..rosak. Terpaksa baiki tengah hutan rimba. Maklumlah Lebuh raya Gua Musang-Lojing-Cameron Highland dalam pembinaan.
Salah satu jambatan yang masih dalam pembinaan. Tengok kat bawah..kecut juga.