Mercedes Benz di Jerman antara pengeluar auto yang terawal menggunakan teknologi enjin 'commonrail diesel' dan kemudiannya diikuti oleh pengeluar-pengeluar di Jepun. Di Malaysia, Toyota antara yang terawal memperkenalkan enjin ini untuk Toyota Hilux iaitu Hilux SR Turbo 2.5 D4D( tanpa intercooler turbo). Sekarang Hilux baru banyak terdapat di jalan raya. Seterusnya pesaing-pesaing pikap 4X4 yang lain turut memperkenalkan engin diesel commonrail. Ini termasuklah Isuzu D-Max Super Commonrail, Mitsubishi Triton Hyper Commonrail (menggantikan model Storm), Ford Ranger TDCi (pertama di Malaysia pikap 4X4 automatik 5 gear) dan kini, yang terbaru Nissan Navara (pengganti Nissan Frontier) yang turut menggunakan enjin Commonrail.
Enjin commonrail diesel dikatakan menjimatkan bahan api diesel berbanding enjin suntikan terus biasa (normal direct injection).
Enjin Nissan Navara.
Spesifikasi Nissan Navara. (sumber, Nissan Malaysia)
Jenis enjin - 4-cylinder, in-line,DOHC, Variable nozzle turbo with intercoolerDisplacement (cc) - 2488Max. power (kW(ps) / rpm) - 128 (174) / 4,000Sistem bahan api (fuel system) - Common rail direct injectionJenis bahan api - DieselKapasiti tangki minyak - 80 literTransmisi - 5 AT (5-speed automatic)Senarai Harga Nissan Navara 2.5L(A) OTR (Harga Atas Jalan):1. Semenanjung Malaysia = RM103,721.902. Sarawak = RM104,800.003. Sabah = RM104,800.004. Langkawi = RM103.306.705. Labuan = RM104,800.00